GENEVA 13 Feb. – Kadar pengangguran global menurun tahun lalu daripada 5.1 peratus kepada 5 peratus namun kebanyakan pekerjaan gagal menjamin kehidupan yang baik.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 700 juta pekerja berada dalam kemiskinan.
“Laporan trend ‘World Employment and Social Outlook oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) memberikan amaran serius mengenai kesihatan pasaran pekerjaan dunia.
“Kadar pengangguran dijangka kekal pada tahap sama tahun ini dan 2020 meskipun jumlah mereka tidak bekerja berkurang kepada 174 juta pada tahun depan,” katanya. – AFP











