DHAKA 6 Feb. – Bangladesh mengemukakan bantahan terhadap Myanmar berhubung kedatangan sekumpulan pelarian baharu dari negeri Rakhine ke negara ini susulan tercetusnya pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak. Kementerian Luar Bangladesh memanggil duta Myanmar semalam untuk mengemukakan bantahan terbabit. Menurut pegawai luar kanan kementerian tersebut, sekumpulan pelarian tersebut terdiri daripada komuniti Buddha dan kumpulan puak-puak lain. “Jumlah pelarian sedang bertambah. Sesetengahnya sudah menunggu di sempadan dan mungkin mereka akan masuk ke negara ini. “Kami sudah meminta Myanmar mengambil langkah efektif dan segera supaya pertempuran di Rakhine dihentikan,” kata pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya