PADA penghujung tahun lalu akhbar ini pernah mendedahkan berhubung isu pembalakan tidak terkawal di negeri Perak membabitkan kawasan hutan rizab kekal di Hulu Perak, namun agak menyedihkan apabila kegiatan tersebut masih terus berleluasa. Ini berikutan, beberapa media lain turut mula membongkar kegiatan sama membabitkan beberapa kawasan lain di negeri berkenaan termasuk di Kledang Saiong selain di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Tasik Cunex di Gerik. Namun persoalan yang masih…










