KUALA LUMPUR 4 Feb.- Sebuah blog hari ini mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina. Menurut penulis blog, anotherbrickinwall.blogspot.com, menerusi artikel bertajuk ‘Azmin appointed DPM after CNY?’, terdapat khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melantik Mohamed Azmin sebagai timbalannya. “Khabar angin dalam kalangan yang rapat adalah Dr. Mahathir akan melantik Mohamed Azmin sebagai…










