Anwar diberitahu cadangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuh raya - Utusan Malaysia

Anwar diberitahu cadangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 23 Feb. – Walaupun tidak berada dalam barisan Kabinet, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui telah dimaklumkan mengenai rancangan pengambilalihan empat syarikat konsesi lebuh raya oleh kerajaan.

Katanya, beliau diberitahu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai perancangan itu sejak dua hingga tiga minggu yang lalu.

“Saya tak tahu, tapi saya tengok rancangan itu. Menteri Kewangan beri maklum kepada saya dalam dua tiga minggu yang lalu untuk mempersiapkan details (perincian),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri majlis sambutan Capgome di Kampung Baru,Semenyih di sini malam ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar.

Beliau diminta mengulas cadangan kerajaan untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol di empat buah lebuh raya iaitu Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sebagai langkah pertama, kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Bhd. untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Kenyataan itu berkata, dengan pengambilalihan itu, caj kesesakan akan diperkenalkan sebagai ganti kepada pengguna di empat lebuh raya berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN