TERBAIK. Kumpulan AmBank dinamakan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik di Malaysia oleh Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah majalah dan portal kewangan utama yang berpangkalan di Britain. Anugerah tersebut yang bermula sejak 2011 diadakan bagi mengiktiraf syarikat daripada pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang kepakaran tertentu serta menunjukkan kecemerlangan dalam dunia kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pihaknya amat berbangga untuk menerima pengiktirafan tersebut buat kali pertama. “Pencapaian ini membuktikan komitmen kami kepada kecemerlangan selain hasil sokongan yang diberikan kepada pelanggan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya