BERAPA ramai dalam kalangan kita yang gemar memperkenalkan anak-anak terhadap aktiviti berkaitan alam seawal usia? Contohnya aktiviti-aktiviti kesukarelaan berkaitan menanam pokok, membersih pantai atau sungai, menyusuri denai hutan (jungle tracking), berkenalan dengan hidupan, memahami konsep ekologi dan pelbagai lagi. Atau kita hanya menyerahkan urusan tersebut kepada guru-guru sains yang penyampaian ilmunya terhad hanya di sekolah, maksudnya pembelajaran secara formal. Sebenarnya ibu bapa merupakan suri teladan terbaik buat anak-anak mengenali alam,…










