Al Jufferi dapat 'Winner Winner Chicken Dinner' tak? - Utusan Malaysia

Al Jufferi dapat ‘Winner Winner Chicken Dinner’ tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOHD. AL JUFFERI JAMARI nampaknya bukan sahaja hebat di gelanggang silat, malah turut digeruni di medan ‘pertempuran’.

Bagaimanapun jangan sa­lah faham, jaguh silat dunia itu bukan bertempur di me­dan perang sebagai tentera, sebaliknya hanya berperang di alam maya.

STATUS Al Jufferi dalam Instagram turut menarik perhatian Menteri
STATUS Al Jufferi dalam Instagram turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagi rakan-rakan rapat Al Jufferi, mungkin  sudah maklum tentang kegilaannya terhadap permainan

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.

PUBG yang diperkenalkan pada Mac, tahun lalu adalah permainan tembak-menembak dalam kategori Multi­player Online Battle Royale yang menjadi kegilaan ramai terutama dalam kalangan anak muda dengan lebih 100 juta versi‘mobile dimuat turun seluruh dunia.

Al Jufferi tidak ketinggalan melayani permainan tersebut, malah sering membuka ‘room’ atau lapangan khas yang membolehkan peserta bertarung.

Jangan terkejut, ramai bintang bola seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Zaquan Adha Abdul Razak juga ‘kaki’ permainan video tersebut, selain artis tempatan.

Melihat semangat Al Jufferi, pasti dia sudah banyak kali mendapat ‘Winner Winner Chicken Dinner’ iaitu istilah untuk pemain yang berjaya memenangi pertarungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×