IPOH 13 Feb. – Jurulatih Perak, Mehmed Durokovic memuji skuad kendaliannya kerana menumbangkan juara Liga Hong Kong 2018, Kitchee SC dalam pusingan kelayakan Juara-juara Liga Asia (ACL) 2019 di Stadium Perak di sini, malam tadi. Beliau berkata, pemainnya menampilkan permainan terbaik meskipun beraksi tanpa kelibat pemain kebangsaan, Nazirul Naim Che Hashim dan pemain pertahanan import dari Australia, Zac Anderson. “Saya bagaikan tidak percaya apabila pemain simpanan seperti Idris Ahmad dan Muhammad Rafiuddin Roddin mempamerkan permainan yang begitu cemerlang dalam menafikan serangan lawan. “Saya akui kita tidak mempunyai skuad yang besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya