Airbus hilang tempahan bernilai RM16.29 bilion - Utusan Malaysia

Airbus hilang tempahan bernilai RM16.29 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 8 Feb. – Syarikat pembuat kapal terbang, Airbus kehilangan AS$4 bilion (RM16.29 bilion) susulan pembatalan tempahan lapan buah pesawat A380 oleh syarikat penerba­ngan Australia, Qantas.

Menurut Qantas, pihaknya tidak memerlukan lebih ba­nyak pesawat bersaiz besar dan akan menggunakan 12 pesawat berbanding tempahan asal iaitu 20 buah.

Pembatalan itu dibuat selepas pelanggan terbesar A380, Emirates memulakan perbincangan dengan Airbus untuk menukar beberapa tempahan A380 dengan model pesawat yang lebih kecil selepas syarikat itu gagal mendapatkan kontrak enjin bagi pesanan terbaharu.

Menurut pihak yang biasa dengan perkara itu, pembatalan tempahan berkenaan mengejutkan Airbus memandangkan syarikat ber­kenaan bersedia untuk me­nutup pengeluaran A380 lebih awal daripada yang dirancang serta membuat pe­ngumuman terperinci mengenai keputusan tahunan pada 14 Februari ini.

A380 yang berkapasiti 544 tempat duduk dengan empat enjin dianggap sebagai model yang berjaya dari aspek penumpang, namun menerima tekanan disebabkan kemajuan dalam kecekapan enjin jet berkembar.

Tempahan bulanan Airbus juga dilaporkan menurun berikutan pembatalan lima buah model pesawat kecil, A220-100. Airbus baru-baru ini memperoleh program A220 daripada Bombardier.

Pesawat-pesawat tersebut adalah untuk kegunaan pihak kerajaan atau pembeli individu.

Airbus memulakan 2019 dengan prestasi buruk menerusi pembatalan 13 tempahan selepas gagal mendapatkan sebarang perniagaan baharu pada Januari.

Pihak pengurusan Airbus menekankan kepentingan untuk mengatasi masalah baharu dalam rantaian bekalan dan memberi tumpuan kepada penyerahan rekod berbanding rekod tempahan.

Syarikat dari Amerika Syarikat, Boeing memenangi persaingan tempahan dengan mengatasi Airbus pada tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN