PONTIAN 11 Feb. – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menemplak mereka yang menggelarkannya sebagai bodoh ketika menjawat Timbalan Menteri Kewangan pada era kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu. Sebaliknya kata Ahmad, mereka yang memperlekeh dirinya ketika itu tidak mengetahui latar belakang pendidikannya yang bermula dengan Sekolah Sains Johor pada tahun 1979 hingga 1983. Katanya, jikA beliau bodoh tidak mungkin mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3,83 ketika mengikuti Ijazah Sarjana (Pentadbiran dan Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari tahun 2001-2003. “Sebelum di UKM, saya juga mengikuti Ijazah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya