‘Aduan terhadap RTM bukan arahan saya’ - Utusan Malaysia

‘Aduan terhadap RTM bukan arahan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan memberi arahan kepada pembantunya untuk mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan ucapan menteri semasa liputan siaran langsung majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Seremban baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Lim Swee Kuan adalah pandangan peribadinya dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menyiasat.

‘‘Ia hanyalah aduan peribadi, saya telah pun bercakap dengannya (Swee Kuan) selepas insiden itu,’’ kata beliau selepas majlis pecah tanah pembinaan Menara Sentral RAC (Railway Assets Corporation) di sini, hari ini.

Berikutan isu itu, Gobind meminta RTM mengemukakan laporan berhubung dakwaan bahawa stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj menteri.

Ketika ditanya sama ada kenyataan Kuan dilihat sebagai me­langgar kebebasan media, Anthony berkata: ‘‘Kita ingin tahu, ia adalah acara siaran langsung tetapi mengapa bahagian-bahagian tertentu acara itu tidak disiarkan.’’

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd. bagi menambah baik langkah keselamatan di semua stesen transit aliran massa (MRT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN