TOKYO 18 Feb. – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mencalonkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun lalu.
Menurut laporan Reuters, Abe berbuat demikian selepas menerima permohonan daripada kerajaan AS.
Terdahulu, Trump berkata, Abe mencalonkan dirinya atas usahanya mengadakan rundingan untuk mengurangkan ketegangan dengan Korea Utara.










