KUALA TERENGGANU 1 Feb. – Terengganu FC (TFC) sudah di ambang kekalahan ketika membuka tirai Liga Super 2019, namun jaringan Abdul Malik Mat Ariff, seminit sebelum tamat permainan menyelamatkan Penyu daripada dimalukan di depan penyokong sendiri selepas seri 1-1 dengan PKNS FC hari ini. Pasukan pelawat, yang sememangnya memiliki rekod baik ke atas Terengganu memulakan permainan dengan keyakinan tinggi, dan membuka jaringan pada minit ke-65 menerusi Nicholas Ryan Swirad. Ketika keadaan cukup cemas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Abdul Malik memastikan tuan rumah mengutip sekurang-kurangnya satu mata berharga. Biarpun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya