80 atlet Yayasan Sarawak sertai PESAYA - Utusan Malaysia

80 atlet Yayasan Sarawak sertai PESAYA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 13 Feb. – Lapan puluh atlet Yayasan Sarawak akan menyertai Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-13 di Langkawi, Kedah pada 15 hingga 22 Feb ini.

Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak Jolly Marikan berkata 14 acara akan dipertandingkan antaranya badminton, bola sepak, bola tampar pantai wanita, golf, futsal veteran dan tenpin boling pada temasya sukan itu bertujuan menjalinkan semangat integrasi nasional.

“Ini bukan hanya memberi peluang kepada kakitangan untuk aktiviti sukan semata-mata, tetapi juga mampu bertukar idea dan pandangan dalam menjalankan tugas serta jaringan dalam kalangan kakitangan Yayasan di seluruh negara”, katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan bendera kejohanan PESAYA.

Pada majlis itu bendera berkenaan diserahkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Ketua kontinjen Yayasan Sarawak Zamahari Saidi.

Jolly berkata Yayasan Sarawak akan menjadi tuan rumah kejohanan dwi-tahunan PESAYA ke-14 pada 2022, sempena meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan yayasan berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN