8 Hakim, 5 peguam ditahan terima rasuah - Utusan Malaysia

8 Hakim, 5 peguam ditahan terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILNIUS 20 Feb. – Lapan hakim dan lima peguam adalah antara 26 individu yang ditahan polis Lithuania berhubung penyelewengan kuasa dan rasuah, di sini hari ini.

Lapor Reuters, Pesuruhjaya Agensi Anti Rasuah, Zydrunas Bartkus memberitahu, berdasarkan siasatan awal, agensi itu mendapati individu-individu yang ditahan itu terlibat dalam transaksi rasuah antara 1,000 Euro (RM4,615) dan 100,000 Euro (RM461,500) bagi mempengaruhi keputusan penghakiman di mahkamah sivil dan jenayah.

Dalam pada itu, Ketua Pendakwa Raya, Edvinas Pasilis berkata, pihaknya akan meneliti semula keputusan yang dikeluarkan oleh hakim-hakim itu sebelum ini.

“Ada di antara hakim itu bertugas di badan rayuan tertinggi negara, Mahkamah Agung,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN