7 ahli Parlimen Parti Buruh keluar berikutan Brexit dan anti-semitik - Utusan Malaysia

7 ahli Parlimen Parti Buruh keluar berikutan Brexit dan anti-semitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Feb. – Tujuh ahli Parlimen daripada pembangkang, Parti Buruh mengumumkan keluar parti sebagai protes terhadap sokongan kepimpinan Brexit dan kegagalan menolak anti-semitik.

Menurut salah seorang daripada kumpulan itu, Chuka Umunna, mereka akan duduk sebagai kumpulan bebas dalam Parlimen.

“Sekiranya anda mahukan alternatif, diharap bantulah kami untuk membinanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn, beliau ‘kecewa’ dengan keputusan ahli parlimen berkenaan.

“Politik telah patah dan ia tidak seharusnya jadi sebegini.

“Kini lebih daripada sebelum ini, masa membawa orang ramai bersatu membina masa depan yang lebih baik untuk semua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN