4PM salur bantuan masalah perbankan - Utusan Malaysia

4PM salur bantuan masalah perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Pengguna yang mengalami masalah perbankan, kredit, sivil serta zakat kini mempunyai saluran baharu untuk mengadu iaitu melalui Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM).

Presiden 4PM, Rosland Mohd. Arif berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira usia termasuk warga asing dengan syarat mereka berurusan dengan bank di negara ini.

Katanya, orang ramai yang bermasalah boleh datang ke pejabat 4PM di pusat membeli-belah Spectrum, Ampang Baru dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami selesaikan pelbagai masalah, kalau mereka nak mengadu tentang bank lelong rumah tanpa notis, tarik kereta tanpa notis inilah tempat dia.

“Kita bantu ke tahap maksimum, sasaran kami adalah orang-orang yang teraniaya yang tertekan dengan masalah bank, kami tidak pernah beri ruang kepada bank,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Biro Pengaduan Awam 4PM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×