SHAH ALAM 8 Feb. – Empat pemain import termasuk tonggak Fiji serta kehadiran kapten negara, Syahir Asraf Rosli menjadi faktor penting Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lions meletakkan sasaran mara ke perlawanan akhir Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 yang bermula 16 Februari ini. Pertahanan pasukan kedua Fiji, Iowane Teba masih segar dengan pengalaman antarabangsa menentang New Zealand dalam siri ujian November lalu akan diiringi rakan senegara, Are Monoka, Lepani Tuivanuavou dan…










