KOTA TINGGI 7 Feb. – Empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan dengan dua kenderaan di kilometer 55 Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini pada pukul 12.33 tengah malam tadi. Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri dan dua anak mereka masing-masing lelaki dan perempuan maut di tempat kejadian selepas kereta Honda Civic dinaiki dilanggar sebuah lori. Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Firdaus Januri, 34, Norlia Osman, 33, dan…










