31 gempa landa Wang Nua - Utusan Malaysia

31 gempa landa Wang Nua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPANG, Indonesia 23 Feb. – Daerah Wang Nua di sini diletakkan dalam zon bencana selepas sebanyak 31 gempa bumi melanda daerah tersebut.

Portal berita The Nation melaporkan, pengumuman itu dibuat bagi memudahkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Biro Seismologi Jabatan Meteorologi Lampang memaklumkan bahawa sebanyak 31 gempa bumi dan gempa susulan direkodkan berlaku di Wang Nua bermula pada Rabu lalu sehingga semalam.

Sehubungan itu, satu mesyuarat tergempar diadakan bagi meneliti kerosakan serta menyalurkan bantuan secepat mungkin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN