3 pekerja wanita sesak nafas siling kilang solar terbakar - Utusan Malaysia

3 pekerja wanita sesak nafas siling kilang solar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Feb. – Seramai tiga pekerja kilang wanita di Bayan Lepas di sini mengalami sesak nafas selepas bahagian bumbung kilang itu terbakar awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi tadi ketika ketiga-tiga pekerja wanita berkenaan sedang bekerja di kilang penghasilan produk berasaskan solar tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, kebakaran di kilang berkenaan bagaimanapun sudah berjaya dipadamkan menggunakan alat pemancar air automatik.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kebakaran itu melibatkan bahagian siling bangunan kilang berkenaan pada keluasan kira-kira 10 meter persegi yang musnah terbakar hampir 50 peratus.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya manakala tiga pekerja wanita yang mengalami sesak nafas akibat asap tebal dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN