LONDON 20 Feb. – Tidak puas hati dengan cara Perdana Menteri, Theresa May mengendalikan perjanjian Brexit, tiga Ahli Parlimen Konservatif yang pro-Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar daripada parti itu hari ini.
Lapor Reuter, Ahli Parlimen itu dalam satu kenyataan memberitahu yang mereka akan menyertai kumpulan baharu di Parlimen yang ditubuhkan oleh tujuh bekas ahli politik parti Buruh.
Sebagai reaksi balas, May memberitahu meskipun sedih dengan perletakan jawatan itu, namun ia memberi petunjuk untuk terus berusaha untuk mencari penyelesaian sebelum Britain dijadualkan meninggalkan EU pada 29 Mac ini. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











