200 sertai solat hajat untuk Abdul Bari Asyraf - Utusan Malaysia

200 sertai solat hajat untuk Abdul Bari Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Kira-kira 200 jemaah menunaikan solat hajat malam ini bagi membantu usaha pencarian Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini.

Solat hajat yang diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed itu diadakan sejurus selepas solat Maghrib di kawasan lapang di sini.

Selain ahli keluarga, sanak saudara, kenalan mangsa dan orang ramai, turut sama menunaikan solat hajat itu ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim; ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ADUN Batu Buruk, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Shah berkata, solat hajat turut diadakan di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“Saya mewakili kerajaan negeri juga meminta seluruh umat Islam di negeri ini mengadakan bacaan Yasin sama ada secara sendirian di rumah atau secara beramai-ramai di surau dan masjid,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×