KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Kira-kira 200 jemaah menunaikan solat hajat malam ini bagi membantu usaha pencarian Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini. Solat hajat yang diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed itu diadakan sejurus selepas solat Maghrib di kawasan lapang di sini. Selain ahli keluarga, sanak saudara, kenalan mangsa dan orang ramai, turut sama…










