SAN FRANCISCO 19 Feb. – Sebanyak 16 negeri memfailkan tuntutan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan keputusannya mengisytiharkan darurat nasional bagi mendesak kelulusan dana pembiayaan tembok sempadan negara ini dengan Mexico.
Tuntutan berkenaan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di California, menyatakan arahan Trump bertentangan dengan Klausa Penyerahan yang menggariskan prosedur perundangan serta Klausa Peruntukkan, mentakrifkan Kongres sebagai pembuat keputusan akhir dana awam.
Langkah tersebut sebelum ini diumumkan oleh peguam bela awam California, Xavier Becerra.
Becerra berkata California dan beberapa negara lain tidak mahu negara ini berisiko kehilangan wang yang bertujuan digunakan untuk projek ketenteraan, bantuan bencana serta tujuan-tujuan lain. – AFP











