155 tan sisa kacang soya dari Argentina dirampas - Utusan Malaysia

155 tan sisa kacang soya dari Argentina dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 7 Feb. – Sisa kacang soya seberat 155 tan termasuk sebuah tongkang bernilai RM250,000 dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di jeti Sungai Perai di sini semalam kerana didapati tiada sebarang dokumen permit import bagi produk itu.

Difahamkan, sisa kacang soya itu dibawa masuk dari Argentina menerusi perairan negeri ini untuk diproses dan dijual semula sebagai bahan makanan haiwan ternakan.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Superintendan Dimin Awang berkata, sepasukan empat anggota jabatan itu membuat pemeriksaan ke atas sebuah tongkang yang sedang berlabuh di jeti Sungai Perai kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 155 tan muatan sisa kacang soya dari Argentina berada di atas tongkang ini namun ejen gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit import barangan ini.

“Ejen mendakwa bahan tersebut adalah untuk tujuan pelupusan namun dipercayai akan diproses semula dan dijual sebagai bahan makanan haiwan ternakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, lesen tongkang terbabit juga didapati sudah tamat tempoh.

“Bagi kesalahan terbabit ia disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Seksyen 472(2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Semua barang rampasan terbabit diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini