SUNGAI PETANI 11 Feb. – Seramai 150 orang murid kurang berkemampuan daripada tiga buah sekolah di daerah Kuala Muda di sini, menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis dalam satu program di sini, semalam. Murid-murid yang terlibat adalah masing-masing seramai 50 orang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Bukit Kechil, SK Seri Kuala dan SK Rantau Panjang. Kesemua kanak-kanak itu terdiri daripada keluarga nelayan dan petani. Menurut Koordinator Program Edaran Beg…










