114 kes denggi baru di Kelantan - Utusan Malaysia

114 kes denggi baru di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Sebanyak 114 kes demam denggi baharu dicatatkan sehingga minggu ketujuh di Kelantan menjadikan jumlah keseluruhan sepanjang tempoh dua bulan ini sebanyak 598 kes dan kekal dengan dua kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu (sehingga minggu ketujuh), Kota Bharu mencatatkan 288 kes diikuti Tumpat (122 kes), Bachok (54 kes) Tanah Merah (41 kes), Pasir Mas (28 kes), Kuala Krai (21 kes), Jeli (14 kes), Pasir Putih (14), Gua Musang (12 kes) dan empat kes di Machang.

“Pihak jabatan mengklasifikasikan Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas sebagai kawasan ‘panas’ dan memerlukan tumpuan khusus,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai punca jangkitan meningkat, beliau memberitahu, ia mempunyai kaitan rapat dengan aliran masuk orang ramai dari luar Kelantan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

“Mereka digigit nyamuk semasa pulang ke kampung halaman dan apabila kembali ke Kelantan, virus denggi sudah membiak dalam badan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×