10 permit ceramah PRK DUN Semenyih dikeluarkan - Utusan Malaysia

10 permit ceramah PRK DUN Semenyih dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 18 Feb. – Sebanyak 10 permit ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sudah dikeluarkan oleh pihak polis bermula sejak hari penamaan calon sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdulllah berkata, sebanyak empat permit sudah diluluskan masing-masing terhadap calon Barisan Nasional (PH), Pakatan Harapan (PH) dan dua lagi kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Hanya calon bebas sahaja tidak memohon permit dan kita mohon jasa baik semua calon dan parti bertanding yang ingin mengadakan ceramah atau aktiviti politik supaya memohon permit di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD).

“Kita sudah mewujudkan pasukan khas yang berkhidmat selama tujuh hari seminggu dan 24 jam bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, jadi tiada sebarang isu terhadap permohonan permit tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kajang di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Sabri memaklumkan lebih 1,000 anggota polis ditugaskan sepanjang PRK DUN Semenyih tersebut.

“Semasa hari penamaan calon, seramai 737 anggota polis bertugas dan bilangan yang ada sudah mencukupi dan mampu mengawal sebarang insiden luar jangka yang berlaku,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×