KANGAR 4 Jan. – Pemain skuad bawah 19 tahun negara, Zafuan Azeman menjadi bintang terbaharu yang mengesahkan menyertai Perlis dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim depan. Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menerusi laman Facebook rasminya di sini hari ini yang mengesahkan Zafuan sah telah mengikat perjanjian dengan skuad Singa Utara itu. Kehadiran Zafuan yang baru-baru ini menjalani sesi ujian bersama Kelab Serie B Itali, Venezia sekali gus bakal memperkuatkan jentera serangan Perlis. Bersama Perlis, nama Zafuan sudah tidak asing lagi kerana pernah mencipta nama dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya