GENTING HIGHLANDS – Syarikat pengedar motosikal tempatan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan motosikal berkuasa tinggi Yamaha terbaharu, Tracer 900 GT hari ini. Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Jim Khor berkata, motosikal yang mempunyai kapasiti enjin 847cc itu direka bagi membolehkan penunggangnya merasai pengalaman penunggangan selesa di samping pengembaraan yang lebih menakjubkan. “Pelancaran Tracer 900 GT hari ini merupakan usaha berterusan Hong Leong Yamaha Motor untuk menginovasi gaya hidup mobiliti kepada peminat motosikal di Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran motosikal berkuasa tinggi itu di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya