GENTING HIGHLANDS 27 Jan. – Buat peminat motosikal sport touring, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan Tracer 900 GT. Tracer 900 GT Model tersebut yang dijual pada harga RM58,888 akan berada di pasaran, Februari ini. Dua warna ditawarkan iaitu kelabu dan biru. Bagi setiap pembelian, pengguna bakal menerima satu pengunci brek cakera bernilai RM200 secara percuma. Sementara itu, Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, pihaknya menyasarkan jualan model berkenaan sebanyak 500 hingga 600 unit setahun. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya