SEPANG 25 Jan.- Seorang warga Bangladesh terselamat daripada dikenakan hukuman denda RM100,000 atas kesalahan memiliki rokok seludup yang berjumlah RM128.76. Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan tertuduh, Delowar Hassan, 27, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM5,000 dengan dua penjamin selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho memutuskan demikian mengikut Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah setelah mempertimbangkan fakta kes dan rayuan tertuduh di hadapan mahkamah. Mengikut pertuduhan, Delowar didakwa memiliki barangan dilarang iaitu 1,272 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM128.76 dengan membabitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya