Wanita trauma kereta nyaris terjunam dari tempat parkir - Utusan Malaysia

Wanita trauma kereta nyaris terjunam dari tempat parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya nyaris terjunam dari tingkat dua tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Paya Terubong di sini sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kira-kira pukul 7.45 petang bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamatkan mangsa dan kereta berkenaan.

“Apabila tiba di lokasi, kita dapati sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu wanita berusia 30-an sudah separuh keluar dari lantai kawasan letak kereta dipercayai kerana pemandu hilang kawalan.

“Kereta itu telah melanggar tembok dalam keadaan mengundur sehingga pecah,” katanya sebentar tadi.

Menurut jurucakap itu, akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami trauma dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, pihak bomba menggunkan kenderaan pacuan empat roda bagi menarik semula kereta tersebut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×