Wanita berbaju PH beri wang bayar kos petrol sukarelawan - Utusan Malaysia

Wanita berbaju PH beri wang bayar kos petrol sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 13 Jan. – Pakatan Harapan (PH) mendakwa gambar seorang wanita yang memakai baju PH memberikan wang kepada beberapa orang pemuda adalah bayaran untuk kos minyak petrol sukarelawan parti itu.

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, ini bermakna pemberian wang tersebut dilaksanakan megikut lunas undang-undang.

“Wang itu merupakan pembayaran balik untuk menampung kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Pembayaran balik ini akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai gambar yang tular dalam media sosial memaparkan beberapa individu memberikan wang daripada seorang wanita yang memakai baju PH. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN