Wan Ho juara Malaysia Masters 2019 - Utusan Malaysia

Wan Ho juara Malaysia Masters 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Perseorangan lelaki Korea Selatan, Son Wan Ho menundukkan bekas juara dunia dua kali dan juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long untuk merangkul kejuaraan kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters, hari ini.


Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, di sini menyaksikan Wan Ho meraih kemenangan 21-17, 21-19 untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$26,250 (RM107,932).


Majlis penyampian hadiah disempurnakan jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang turut menyaskikan perlawanan akhir, hari ini.


Sementara itu, bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon muncul juara perseorangan wanita selepas menundukkan juara dunia tiga kali, Carolina Marin 21-9, 22-20.


Pasangan beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang menang 21-18, 21-18 ke atas gandingan Thailand, Dechapol Puvaranukroh-Sapsire Taerattanachai.


Beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota muncul juara selepas menang 18-21, 21-16, 21-16 ke atas pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×