Wan Azizah akui peluang PH menang PRK Cameron Highlands sukar - Utusan Malaysia

Wan Azizah akui peluang PH menang PRK Cameron Highlands sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Jan.- Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui peluang Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah sukar memandangkan Barisan Nasional (BN) memainkan sentimen isu tempatan.

Sambil menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands sebagai sengit, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, malah pihak parti lawan iaitu BN telah meletakkan Orang Asli sebagai calon.


“Kita sentiasa berhadapan kesukaran sebelum menjadi kerajaan. Sekarang ia (PRK) menjadi lebih sukar apabila mereka (BN) menggunakan sentimen tempatan.


“Memang dalam mana-mana pilihan raya, mesti ada persaingan sengit, dan ini merupakan sebahagian situasi yang perlu dilalui setiap calon. Apa kita (PH) tawarkan, sekurang-kurangnya rakyat akan mengundi kita, ia adalah cukup baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positif 2019 di sini hari ini.


Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata demikian ketika diminta mengulas peluang calon PH, M. Manogaran untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highland yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, Ramli Mohd. Nor dan dua calon bebas.-UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN