PUTRAJAYA 25 Jan. – Tempoh reman seorang bekas pengurus kanan produk di sebuah syarikat yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan bernilai lebih RM2 juta dilanjutkan dua hari bermula esok sehingga Ahad ini. Majistret Ahmad Afiq Hassan membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman lelaki itu bagi melakukan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Pada Selasa lalu, suspek berumur 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan, dan direman selama tiga hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya