RASAH 25 Jan. – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 3,025 paket rokok seludup pelbagai jenis, Jumaat lalu. Tertuduh, Ruzlan Hassan, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof. Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki rokok bernilai RM6,825 yang dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 di sebuah premis kediaman di No. 121, Taman Jasmin Indah 7, Senawang dekat sini pada pukul 7 petang, 18 Januari lalu. Dia dituduh melakukan kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya