KUALA LUMPUR 23 Jan.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mencuri perhatian dalam media sosial apabila beliau mendendangkan sebuah lagu bertajuk Harapan Dusta. Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Facebook UMNO Online itu, Najib dilihat sedang merakamkan lagu itu di sebuah studio rakaman bersama 16 orang penyanyi latar. Lebih menarik, lagu tersebut menggunakan muzik latar lagu bertajuk Hatiku Luka Lagi yang pernah dipopularkan oleh kumpulan,…










