KUALA LUMPUR 21 Jan. – Beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp memaparkan tindakan mencurigakan seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri di Masjid As-Sobirin, Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini hari ini.
Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut dipercayai datang kira-kira pukul 3.18 pagi dengan membawa sebatang besi yang dipercayai digunakan untuk memasuki ruang solat masjid berkenaan.

Beberapa video juga memaparkan seorang lagi lelaki yang memakai jaket dan beg cuba mencuri wang di dalam tabung masjid yang terletak di luar kira-kira sejam selepas itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan diterima berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE










