KANGAR 5 Jan. – Seorang kakak tidak menyangka gurauan adiknya untuk meninggal dunia bersama suaminya pada minggu lalu, menjadi kenyataan apabila pasangan tersebut ditemukan mati lemas di kawasan Tukun 300, perairan Kuala Perlis di sini, hari ini. HABSAH SHUIB Lebih menyayat hati, mayat Mohamad Zaini Panjang Karim,55, dan Azizah Yatim, 49, ditemukan terapung dalam keadaan sedang berpelukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.30 petang. Sebelum itu, usaha mencari mangsa dilakukan oleh pasukan keselamatan dan penduduk kampung apabila mereka dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan dan ketam pada pukul 6.30 pagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya