KOTA KINABALU 13 Jan. – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak di luar jangkaan apabila secara tiba-tiba menangkap dan menjadikan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di Blok 15, Pangsapuri Telipot Ria, Sabah. Kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari dan berlarutan selama beberapa jam sebelum suspek ditembak mati oleh anggota polis kira-kira pukul 5.35 petang selepas cuba mencampak mangsa tebusan dari tingkat empat bangunan…










