JOHOR BAHRU 1 Jan. – Biarpun mengalami masalah penglihatan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth di sini teruja untuk memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun ini. Mereka hadir ke sekolah dengan muka yang ceria dan penuh bersemangat tanpa sebarang tangisan atau ‘drama’ hari pertama sekolah. Tidak perlu bertanya tentang bagaimana perasaannya untuk ke sekolah, senyuman Nur Hanisah Mohd. Haris, 7, yang mengalami masalah katarak sejak lahir sudah…










