KAJANG – Empat lelaki termasuk adik kepada seorang Exco Pemuda UMNO yang terlibat dengan kes seorang ahli perniagaan dilarikan sebelum meninggal dunia di pekarangan lobi sebuah hospital swasta di Jalan Ampang 3 Januari lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. Mereka ialah Tariq Hussin Akhtar Husin, 37, Masysar Ahmad, Saiful Anuar Shaari, dan Muhammad Syafirul Hazlan Zainal yang ketiga-tiganya berusia 27 tahun. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah kerana kes tersebut adalah di bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya