TEMERLOH 25 Jan. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak memberi kerjasama, nasihat dan panduan kepada baginda setelah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuat kuasa 31 Januari ini. Sultan Abdullah bertitah, perkara itu penting supaya semua pihak dapat bersama-sama dengan baginda melaksanakan tugas dan amanah penting memajukan negara. “Sudah tentu saya begitu memerlukan kerjasama, nasihat dan panduan supaya bersama-sama kita dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin. “Mudah-mudahan usaha ini akan mendapat rahmat Allah SWT seterusnya memajukan negara tercinta ini,” titah baginda kepada pemberita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya