[video] Anwar bimbang pengundi luar tidak balik mengundi - Utusan Malaysia

[video] Anwar bimbang pengundi luar tidak balik mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 24 Jan. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang jika pengundi yang bermastautin di luar kawasan Cameron Highlands tidak pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parliman kawasan ini pada Sabtu ini.

Menurutnya, sehubungan itu para pengundi luar diminta supaya balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang paling dibimbangkan ialah pengundi luar terlalu ramai, ini tanggungjawab kita. Bukanlah jauh sangat Cameron Highlands dengan Kuala Lumpur atau Shah Alam, bolehlah balik sebab kita nak minta dari saudara sokong kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana di Tanah Rata di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×