TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyeru kerjasama semua pihak untuk sama-sama memajukan negara. Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda juga sedia mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. “Majlis Raja-Raja telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun. Insya-Allah, saya akan menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. “Sudah tentu saya juga amat memerlukan kerjasama, nasihat dan panduan supaya kita sama-sama dapat menunaikan tanggungjawab yang diberikan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika ditemui media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya