BATU PAHAT 4 Jan. – Empat suspek yang bertindak menyamun dan mencabul seorang pekerja sebuah hotel di Ayer Hitam di sini awal pagi Rabu lalu kini diburu polis. Video MEDIA SOSIAL Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Razali Mohd. Tahir berkata, pihaknya sudah menubuhkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan. “Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, seorang suspek meluru masuk dan mengacukan parang kepada seorang pekerja hotel yang membuka pintu sebelum merentap rantai dan gelang dipakai mangsa. “Pada masa sama, dua lagi suspek memasuki hotel berkenaan sebelum turut menyamun mangsa,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya